Nak kongsi cikit tip-tip sebelum,semasa dan selepas temuduga,,
ape maksud temuduga es?? temujanji ker?? ape-ape jelah asal anda faham..
sebelum
1. Ingat tarikh temuduga,,jangan terlupa,bukan senang dapat temuduga ni,
2. lokasi - pastikan lokasi yang telah ditetapkan adalah betul.
kalau tidak pasti , cari dlu lokasi tersebut,agar kamu tidak
kelam kabut pada hr temuduga,
3. bersedia, dari segi fizikal dan mental
- fizikal - jaga kesihatan diri, berpakaian kemas dan menarik, berkeyakinan semasa temuduga
- mental- bersedia dari segi intelek,,maksdnye bersedia dengan soalan2 bakal ditanya,,hafal pasal menteri,isu-isu semasa dan yang berkaitan dengan jawatan semasa temuduga,
semasa
1. hadir awal semasa temuduga
2. bawa semua dokumen-dokumen yang berkaitan
3. berpakaian kemas dan mengikut etika yang telah ditetapkan
perempuan
- elakkan memakai tudung berwarna hitam atau selendang ( bagi yang bertudung). jangan pakai tudung bling2 yerh.
- elakkan memakai baju kurung yang bling2, jarang dan seksi.
- pakai kasut. lebih baik pkai ksut yang ad tumit sikit,,ia kan menampakkan keyakinan anda semasa berjalan.
lelaki
- berpakain kemas
- berkasut
- jangan pakai casual,ini temuduga erk bukan temujanji,,no jeans!
4. bersedia dengan semua kemungkinan,,semua diambil kira, dari segi berpakaian, bercakap, cara duduk, cara menyampaikan dokumen-dokumen pada mereka. beri salam semasa masuk. biasalah kan beradap sikit..^__*
5. selalunya antara soalan-soalan semasa temuduga adalah
- menteri-menteri dan bidang nya
- nama-nama perdana menteri malaysia, ingat semua,,selalunya rambang jerk soalan nyer
- rukun negara
- isu-isu semasa dan berkaitan
- piagam -contohnya apakah piagam SPA,,cari lah sendiri erk.
- tarikh yg berkaitan dengan soalan temuduga,, contoh: bilakah hari jururawat? jawab lah yerk (conth), bilakah hri setiusaha diadakan?
- gred gaji bagi jawatan yg diminta
6. semasa mencerita kan kelebihan diri,,cerita kan semua kelebihan diri yang tiada oleh orang lain,
elakkan merendah-rendah kan diri orang lain, dan elakkan dari merendahkan diri anda,,jangan biadap sudah =))
selepas
1. ucapkan terima kasih
2. beri salam, dan bersalam ( jika perlu)
3. berjalan dengan teratur.
XOXO: ini sahaja yang dapat dikongsi, fa xdapat pom kerja tp semasa temuduga banyak bnda yang fa belajar,,semoga rezeki itu dapat oleh adik2 fa k,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
yang mengomel